12 June 2012

Ibu Jamil Khir meninggal dunia akibat sakit tua

PUTRAJAYA 12 Jun - Ibu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Hasiah@Halijah Ahmad, 71, meninggal dunia akibat sakit tua di kediaman menteri itu di ibu negara pagi ini.

Setiausaha akhbar Jamil Khir, Mejar Suleiman Moideen berkata, jenazah Hasiah yang meninggal dunia selepas subuh tadi kini ditempatkan di rumah Jamil Khir di No:8, Jalan 5-12 C, Kg Batu Muda, Batu 4 1/2 Jalan Ipoh.

Jenazah akan disembahyangkan selepas solat zuhur di Masjid Saidina Hamzah dan dikebumikan di tanah perkuburan Raudahtul Sakinah, Kampung Batu Muda.
Allahyarhamah meninggalkan tiga orang anak. Jamil Khir merupakan anak sulung beliau. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment