JOHOR BAHARU 8 Jun - Kira-kira 10,000 rakyat Johor dijangka menyertai
Perhimpunan Ikrar Taat Setia Kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan
Johor Sultan Ibrahim di pekarangan Istana Pasir Pelangi, Ahad ini.
Ketua Penerangan Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu
Johor, Abdullah Md. Yusoff berkata, setakat ini 400 NGO yang melibatkan
kaum Melayu, Cina, India serta Orang Asli sudah menyatakan persetujuan
untuk turut serta pada perhimpunan itu.
"Perhimpunan diadakan bagi menolak sekeras-kerasnya kenyataan biadap
bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang
menghina Sultan Johor.
"Matlamat perhimpunan ini adalah untuk menyatakan taat setia rakyat
negeri kepada Sultan Johor, memohon tindakan undang-undang dikenakan ke
atas Mohammad Nizar dan mengingatkan semua pihak supaya tidak mudah
menghina Sultan Johor dan Raja-Raja Melayu," katanya pada majlis sempena
penganjuran perhimpunan itu, di sini, hari ini. - BERNAMA
* Tarik nafas panjang...

No comments:
Post a Comment