26 May 2012

UM sasar ranking 100 terbaik pada 2017

Universiti Malaya (UM) menyasarkan berada dalam ranking 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh lima tahun lagi, kata Naib Canselor UM Tan Sri Dr Ghauth Jasmon.

Beliau berkata dengan status autonomi yang dimiliki UM, ia diyakini mampu melonjakkan usaha universiti itu untuk mencapai kedudukan yang lebih tinggi.

"Bila kita mendapat status autonomi, kita diberi banyak kebebasan seperti mencari wang sendiri, memilih kriteria pengambilan pelajar mengikut standard UM termasuklah pengambilan tenaga pengajar.

"Kita juga bebas untuk mengadakan kerjasama dengan lebih banyak universiti yang mempunyai status ranking yang lebih tinggi... jadi autonomi memberi kita lebih banyak peluang untuk maju ke depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Hi-Tea UM bersama alumni UM di Kuala Lumpur.

Berdasarkan QS World University Ranking, UM kini berada pada kedudukan 167 universiti terbaik dunia dan tangga ke-39 universiti di Asia.

- Bernama

* Nak pegang kuasa 5 tahun lagi?

No comments:

Post a Comment