28 May 2012

PKR dakwa FGVH dapat tanah rizab Melayu ikut 'pintu belakang'

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa sebahagian besar tanah yang akan dipajak kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH) untuk rancangan penyenaraian syarikat itu merupakan kawasan tanah rizab Melayu.

Kajian PKR menunjukkan bahawa sejumlah 105,382 ekar tanah daripada 847,362 ekar yang akan dipajak itu merupakan tanah rizab Melayu, kata Rafizi dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Katanya, perkara itu berdasarkan perjanjian yang ditandatangani Felda Plantation Bhd, yang sebelum ini mempunyai pegangan ke atas tanah berkenaan, dan juga FGVH.

Katanya, tanah rizah berkenaan diwujudkan untuk menjamin milikan bumiputra dan tanah berkenaan perlu digantikan dengan tanah lain yang sama saiz sekiranya diambil oleh bukan bumiputera.

Bagaimanapun, urusniaga tersebut menggunakan "jalan belakang" yang mengekalkan pemilikan dan status tanah berkenaan, tetapi memberikan pajakan selama 99 tahun kepada FGVH untuk mentadbir tanah tersebut, dakwanya.

Katanya, pajakan selama 99 tahun itu sama seperti memindahkan pemilikan tanah berkenaan memandangkan penyenaraian FGVH bukan sahaja disertai bumiputra dan bukan bumiputra tetapi juga warga asing.

Perkara itu bertentangan dengan semangat dalam memperuntuk tanah rizab Melayu, katanya. - Malaysiakiniu

No comments:

Post a Comment