15 May 2012

Penculik bebaskan Nazarrudin

KUALA LUMPUR – Selepas setahun menjadi mangsa penculikan kumpulan serpihan Abu Sayyaf, seorang rakyat Malaysia, Nazarrudin Saidin, 39, akhirnya dibebaskan.


Pembebasan pemuda yang berasal dari Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor itu telah disahkan oleh Kelab Putera 1Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Kosmo!.

Proses rundingan untuk membebaskan Nazarrudin telah dibuat sejak beberapa bulan lalu dan lelaki itu selamat dibawa pulang ke ibu negara semalam.

Nazarrudin dijangka dipertemukan dengan ahli keluarganya hari ini dalam satu majlis khas yang diadakan di ibu negara.

Adik mangsa, Mohamad Lukman Saidin, 27, ketika dihubungi Kosmo! petang semalam turut mengesahkan mengenai kepulangan abangnya yang merupakan anak sulung daripada lima beradik.

“Saya tidak sangka dia (Nazarrudin) akan dibebaskan juga akhirnya. Saya bersyukur kerana dia selamat.

“Saya baru terima berita ini dan tidak tahu butiran lanjut mengenai pembebasan tersebut,” katanya. - Kosmo

No comments:

Post a Comment