SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Selangor menggesa kerajaan menamatkan segera operasi tol Batu Tiga dan Sungai Rasau demi meringankan beban rakyat.
Menyambut baik cadangan PKR dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Timbalan Ketua Pemuda negeri, Mohd Sani Hamzan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas jika kerajaan terus memindahkan beban tol ke atas rakyat.
“Kami akan berusaha memperjuangkan penghapusan tol seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat (PR), sekiranya rakyat memberi jalan kepada PR untuk masuk ke Putrajaya dan memerintah Malaysia.
“Bagi PR, semua ini tidak mustahil kerana terbukti kerajaan telah menutup beberapa operasi tol di Selangor dan Wilayah Persekutuan setelah dipaksa oleh mereka sendiri,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini. - SH

No comments:
Post a Comment