27 May 2012

Nenek tawar khidmat seks dicekup

SEREMBAN 26 Mei - Seorang nenek berusia 63 tahun antara 25 wanita yang ditahan polis semalam selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran pada serbuan di tiga buah hotel murah di sekitar bandar ini. Dalam serbuan yang dilancarkan secara serentak kira-kira pukul 3.20 petang itu, wanita berkenaan sedang menunggu pelanggan manakala sebahagian lagi sedang melayan pelanggan di bilik hotel berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, serbuan dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan. "Dalam serbuan ini, polis menahan seramai 17 wanita warga tempatan dan lapan wanita warga Indonesia berusia antara 19 dan 63 tahun kerana disyaki menjadi pelacur. "Kita turut menahan seramai 14 pelanggan dan tiga lelaki kerana disyaki menjadi penjaga kepada pelacur berkenaan," katanya selepas mengetuai operasi itu.

Difahamkan, semua wanita terbabit menjadikan ketiga-tiga hotel terbabit sebagai sarang pelacuran sejak beberapa bulan lalu dengan bayaran serendah RM30. Jelas Hamdan, dalam serbuan itu juga, pihaknya merampas beberapa keping kondom dan pelincir yang digunakan oleh wanita berkenaan untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral. Kata Hamdan, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran. - Utusan

* Kalau serius benteras, tutup dan ambil tindakan 3 hotel itu...

No comments:

Post a Comment