27 May 2012

Kemalangan litar drag: Jangan saling menyalah

PUTRAJAYA 27 Mei - Kemalangan yang mencederakan 17 penonton di Litar Drag Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19 di sini semalam tidak harus dipersalahkan ke atas sesiapa sekali pun.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata hari ini, walaupun pihak penganjur perlumbaan telah menyediakan langkah-langkah keselamatan yang perlu, ia bukan satu perkara yang mudah untuk mengawal lebih 10,000 penonton yang berpusu-pusu menyaksikan perlumbaan itu semalam.
"Saya difahamkan bahawa walaupun pihak penganjur telah memberi amaran malah menyatakan akan memberhentikan perlumbaan, ramai di kalangan penonton berdegil dan berdiri melepasi kawasan penampan yang telah ditetapkan.
"Keadaan (keingkaran penonton) tidak dapat di kawal kerana keterujaan mereka melihat perlumbaan, jadi tidak wajar kita menyalahkan mana-mana pihak dalam nahas ini," kata beliau ketika melawat lokasi kemalangan padi tadi.
Ahmad Shabery menasihatkan semua pihak yang terlibat agar menantikan siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas.
Menurut beliau, laporan telahpun dibuat kepada pihak polis dan kementeriannya turut menantikan laporan daripada pihak penganjur mengenai nahas itu.
Sementara itu, menurut seorang saksi kejadian, Rashid Gandara, kemalangan boleh dielakkan sekiranya penonton memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak penganjur.
"Tapi apa boleh buat, penonton hanya patuh arahan untuk berada di belakang halangan keselamatan untuk seketika.
"Setiap kali penonton dengar deruman enjin menghampiri, mereka akan kembali menghampiri halangan itu malah ada yang melangkauinya," kata Rashid yang juga tuan punya gerai yang paling hampir dengan lokasi kemalangan. - UTUSAN ONLINE

* Inilah perangai Umno. Tidak bertanggungjawab. Belia perlu tolak UmnoBN...

No comments:

Post a Comment