24 May 2012

50 permohonan guru mahu aktif politik

Sebanyak 50 permohonan diterima daripada kalangan guru yang mahu menyertai politik berikutan kelonggaran sejak 2010 yang membenarkan pegawai kerajaan bergiat aktif dan bertanding serta memegang jawatan dalam parti politik, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi.
  
"Daripada permohonan itu, 24 diluluskan manakala sembilan lagi ditolak. Bakinya masih dalam proses penelitian," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Guru peringkat negeri Selangor di Shah Alam hari ini.
  
Mohd Puad berkata antara sebab permohonan mereka ditolak adalah kerana memegang jawatan seperti penolong kanan, guru besar dan pengetua.
  
Beliau berkata daripada keseluruhan permohonan yang diterima, hanya satu membabitkan penyertaan dalam parti pembangkang.
  
Kelonggaran adalah bagi pegawai dari gred DG41 hingga DG48.
  
"Kerajaan tidak menghalang (aktif politik) tetapi perlu ikut syarat yang ditetapkan," katanya.

Di majlis itu, Kamariah Zainuddin, Kamaruddin Mansor dan Naizi @ Abd Aziz Mustafa dipilih sebagai Tokoh Guru Selangor 2012.

- Bernama

No comments:

Post a Comment