16 April 2012

Taliban serang Parlimen Afghan, kedutaan asing

KABUL - Taliban melancarkan serangan yang dikoordinasi dengan baik, secara serentak di ibu negara Afghanistan, Kabul dan beberapa bahagian lain di negara itu hari ini - yang terbesar dalam tempoh enam bulan lalu.

Kedutaan-kedutaan asing, ibu pejabat Nato dan Parlimen Afghanistan menjadi sasaran, pertama di Kabul dalam tempoh enam bulan lalu.

Laporan media asing juga menyebut bahawa perkembangan terbaru ini menunjukkan Taliban, yang digulingkan dalam tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) pada 2001, mula bangkit semula.

Talidan berkata, sejumlah pengebom berani mati juga telah menyeludup masuk ke Kabul dan wilayah Logar, Paktia dan Nangarhar.

Sekurang-kurangnya 24 orang cedera dan tujuh militan terbunuh. Tiada butiran sama ada rakyat asing turut cedera dalam serangan hari ini.

Serangan besar-besaran ke atas Kabul dilancarkan pada September lalu apabila militan mengawal sebuah bangunan tinggi yang masih dalam pembinaan dan melepaskan tembakan ke atas Kedutaan AS dan ibu pejabat Nato, menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang Afghan terbunuh.

Taliban berkata serangan hari ini menandakan permulaan kepada siri serangan di Afghanistan.

Antara kedutaan yang menjadi sasaran hari ini ialah Kedutaan Britain dan Jerman, dengan dua roket mengenai menara kawalan premis milik Britain.

Di wilaya Logar, tiga pengebom berani mati terbunuh dan sembila anggota pasukan keselamatan Afghan cedera dalam pertemputan sengit.

Di timur Kabul, satu konvoi Perancis dan pangkalan tentera Greek menjadi sasaran serangan.

Taliban mengakui mereka bertanggungjawab ke atas serangan hari ini.

"Serangan-serangan ini adalah permulaan kepada siri serangan dan kami telah merancangnya berbulan-bulana lama," kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid dipetik Reuters.

Minggu lalu, Taliban memberi amaran akan melancarkan serangan baru dalam waktu terdekat. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment