28 April 2012

Penyamun maut ditembak Datuk

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk bertindak berani apabila menembak mati seorang lelaki warga asing yang cuba menyamun dengan memecah masuk banglo miliknya di Taman Bukit Ledang, Jalan Duta di sini semalam.

Lelaki warga Indonesia berusia 37 tahun itu mati di tempat kejadian manakala tiga lagi rakannya dapat melarikan diri.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, empat lelaki terbabit dipercayai baru sahaja memasuki kediaman ahli perniagaan itu, namun, ia disedari oleh mangsa yang ketika itu masih belum tidur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ahli perniagaan berusia 60-an itu kemudian mengambil pistol miliknya lalu menembak ke arah kumpulan lelaki berkenaan dan mengenai salah seorang daripada mereka. - Kosmo

* Untung ada pistol...

No comments:

Post a Comment