12 April 2012

Pemimpin pembangkang Rusia ditahan

MOSCOW 11 April - Pemimpin pembangkang Rusia, Sergei Udaltsov ditahan ketika mengadakan demonstrasi di luar bangunan Parlimen, di sini hari ini ketika Perdana Menteri, Vladimir Putin dijangka berucap buat kali terakhir di Dewan Rendah Parlimen sebelum menjawat jawatan sebagai Presiden Rusia.

Udaltsov yang merupakan pemimpin pergerakan Barisan Kiri itu berkata, saya ditahan dan dimasukkan ke dalam bas polis.

Sejumlah orang lain turut ditahan dalam demonstrasi tersebut selepas berpuluh-puluh aktivis pembangkang yang memakai reben putih, simbol pergerakan 'Pilihan Raya Adil' di Rusia, berkumpul di luar bangunan Parlimen, pagi ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment