BENTONG 9 April - Negara akan muflis dalam tempoh dua tahun jika pakatan pembangkang memerintah dan menunaikan tiga perkara yang dijanjikan dalam siri kempen politik mereka sejak beberapa tahun lalu.Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, tiga janji tersebut iaitu menghapuskan kutipan tol, gaji minimum RM4,000 sebulan dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Menurut beliau, sekiranya pembangkang memerintah negara ini, mereka memerlukan RM200 bilion setahun untuk menunaikan kesemua janji tersebut.
''Ketiga-tiga janji itu tidak realistik kerana untuk menghapuskan kutipan tol sahaja kerajaan memerlukan perbelanjaan tambahan RM100 bilion, PTPTN, RM43 bilion dan gaji minimum, hampir RM60 bilion setahun. - Utusan
* Jika 3 itu dihapus, duit ke rakyat. Sekarang duit berbilion berlegar di keliling tauke besar. Pakatan Rakyat bela nasib rakyat. UmnoBN bela nasib tauke besar...
No comments:
Post a Comment