26 April 2012

Keluarga yakin Mohd. Nazaruddin masih hidup

KUALA LUMPUR – Keluarga kepada rakyat Malaysia, yang diculik di kepulauan Jolo, Filipina oleh kumpulan penjenayah Abu Sayyaf sejak Mei tahun lalu yakin Mohd. Nazaruddin Saidin, 39, masih hidup.

Ibu mangsa, Siti Hamdah Ahmad, 61, berkata, beliau percaya anak lelakinya itu masih selamat kerana berpeluang berkomunikasi dengan Mohd. Nazaruddin melalui panggilan telefon kira-kira dua bulan lalu.

“Mohd. Nazaruddin sempat menghubungi kami dan beritahu dia selamat,” katanya ketika ditemui di Sungai Buloh semalam.

Nazarudin, bapa kepada enam orang anak diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina pada 8 Mei tahun lalu bagi menguruskan perniagaan berkaitan cicak tokek di negara tersebut. - Kosmo

No comments:

Post a Comment