26 April 2012

Fitnah tak halang tugas Shafie

TEMERLOH - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menegaskan segala bentuk fitnah yang dilemparkan terhadapnya tidak akan menghalang beliau daripada terus menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.
Menurut beliau, laporan yang mengaitkan beliau membayar wang sebanyak RM1.5 juta kepada seorang artis iaitu Zahida Mohamed Rafik adalah semata-mata bermotifkan politik.

Malah, beliau percaya fitnah seperti itu akan terus direka oleh pihak-pihak berkenaan.

"Saya sudah mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung hal itu semalam, sudah cukup. Ia ada motif politik, namun, mereka akan tetap mereka cipta bermacam-macam cerita tetapi yakinlah kita akan tetap tunaikan tanggungjawab," katanya. - Kosmo

* Awak menyusul selepas Sharizat...

No comments:

Post a Comment