28 April 2012

Bersih 3.0: Ribuan banjiri kawasan dekat Dataran

KUALA LUMPUR - Jumlah penyokong Bersih 3.0 yang berkumpul di luar kawasan Dataran Merdeka di sini terus mengalami peningkatan, secara berperingkat-peringkat sejak awal pagi tadi.


Penyokong mula datang dalam kumpulan besar sejak 8.30 pagi tadi dari tiga arah berbeza.

Setakat jam 10.15 pagi ini, jumlah penyokong yang berada di persimpangan utama antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja dianggarkan telah mencecah 8,000 orang.

Tinjauan Sinar Harian Online sekitar 5 pagi tadi mendapati hanya sekitar 200 orang berada di kawasan tersebut. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment