20 April 2012

Anwar lawat Dataran, kecam insiden serang aktivis

KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa melawat kawasan perkhemahan aktivis-aktivis mahasiswa di Dataran Merdeka, malam ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Kira-kira 1,000 orang membanjiri kawasan ini ketika Anwar, Ketua Pembangkang itu tiba pada jam 10.30 malam tadi.

Anwar sempat berucap selama tiga minit kerana terpaksa bergegas semula ke Parlimen disebabkan ada urusan di Dewan Rakyat.

Dalam ucapannya beliau berrkata, "saya mengecam sekeras-kerasnya perbuatan samseng yang menyerang aktivis-aktivis mahasiswa di sini. (Dataran Merdeka)

"Kita ada hak untuk menuntut pendidikan percuma, pemansuhan PTPTN dan mengharapkan perubahan boleh berlaku," tegas beliau.

Beliau turut memberi semangat kepada mahasiswa terus berjuang untuk mempertahankan tuntutan mereka.

Di samping itu, beliau menurunkan tandatangan pada kain rentang sebagai tanda sokongannya kepada mahasiswa. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment