14 March 2012

Salman Rushdie kembali ke India selepas terima ugutan bunuh

NEW DELHI 14 Mac - Penulis kontroversi, Salman Rushdie akan kembali ke India minggu ini untuk berucap dalam satu persidangan selepas dua bulan menerima ugutan bunuh kata penganjur program itu, semalam.

Cubaannya untuk kembali ke India Januari lalu mengakibatkan protes daripada masyarakat Islam negara itu kerana novel kontroversinya yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Penulis berdarah India British itu menghabiskan masa bertahun-tahun bersembunyi selepas penerbitan buku tersebut dan pada masa sama menuduh kerajaan India menggalakkan tindakan fanatik dan menjadi sebuah negara totalitarian seperti China. - REUTERS

No comments:

Post a Comment