22 March 2012

Remaja perempuan hilang tumpang van lelaki tak dikenali

BANGKOK 22 Mac – Siasatan awal Polis Imigresen Thai menunjukkan remaja perempuan Malaysia berusia 14 tahun yang hilang bersama lima rakan Rohingyanya menumpang kenderaan seorang lelaki yang tidak dikenali di Malaysia dekat sempadan Thai-Malaysia, sebelum memasuki Thailand secara haram.

Timbalan Komander Pusat Siasatan Biro Imigresen, Pol. Col. Chartchai Lamsaeng berkata, hari ini mereka menaiki sebuah van berdaftar di Malaysia yang ditawarkan oleh seorang lelaki Malaysia dekat sempadan pada 8 Mac.

Lima remaja Rohingya itu terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan berumur antara 14 dan 16 tahun dan kesemua mereka adalah rakan serta mengenali satu sama lain.

"Mereka diberi minum oleh lelaki itu dan sejurus kemudian mereka tertidur,” Chartchai yang mengetuai siasatan kes itu memberitahu pemberita, di sini semalam.

Beliau berkata apa yang dapat mereka ingat semasa perjalanan itu mereka melalui Hat Yai, Petchaburi atau Nakhon Phatom dan berhenti di Hua Lamphong di ibu negara ini.

"Kami hairan bagaimana mereka dapat melepasi pusat pemeriksaan di sempadan tanpa sebarang dokumen perjalanan,” kata beliau.

Chartchai berkata adalah tidak jelas sama ada remaja itu berhasrat memasuki Thailand bila mereka menumpang van berkenaan.

"Lelaki itu malah membawa mereka ke sebuah masjid di Hua Lamphong. Namun, tidak jelas apa berlaku pada lelaki itu selepas itu kerana kesemua remaja itu terus menuju ke Stesen Keretapi Hua Lamphong,” katanya.

Beliau berkata, mereka berjaya mendapatkan bantuan daripada beberapa orang peniaga dekat stesen itu yang memberi mereka wang oleh kerana mereka hendak membeli tiket keretapi untuk pulang ke Malaysia.

Mereka ditangkap oleh polis di stesen itu kerana mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah dan dibawa ke pejabat Polis Imigresen di sini, kata beliau. — BERNAMA

* Hebat media Malaysia kata ini angkara sindiket pelacuran antarabangsa...

No comments:

Post a Comment