22 March 2012

PM: Lynas akan ditutup jika ada bukti saintifik

Kerajaan tidak akan membenarkan projek nadir bumi di Gebeng, Kuantan, beroperasi sekiranya terdapat bukti saintifik menunjukkan ia menjejaskan kesihatan dan merosakkan alam sekitar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kita tidak akan sekali-kali berkompromi dalam isu ini... kesihatan rakyat Malaysia tidak akan dikompromikan," katanya dalam wawancara dengan radio 988 yang disiarkan secara langsung hari ini.

Katanya, kerajaan perlu berdialog dengan pihak yang menentangnya tetapi ia mesti dilaksanakan berdasarkan bukti saintifik dan bukannya hujah emosi dan politik.

"Isu alam sekitar sudah menjadi isu politik, ini malang sekali," katanya. - Malaysiakini

* Jangan tutup. Pindahkan sahaja ke Putrajaya. Ada berani ka...

No comments:

Post a Comment