PKR sekali lagi mendakwa bahawa dana pembayar cukai telah digunakan untuk urusan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kali ini membabitkan bil RM79,053 untuk sambutan hari jadi beliau.Bercakap dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menunjukkan tempahan majlis bankuet dari Hotel Shangri-La kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Menurut dokumen itu, majlis tersebut diadakan untuk 100 orang pada 24 Julai tahun lepas di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya.
Di majlis itu, kata Rafizi, 47 hidangan antarabangsa disajikan, termasuk daging panggang yang diimport dari New Zealand, hidangan Jepun dan masakan Barat. - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment