
Sumber polis memberitahu anggota tersebut yang ditugaskan menjaga lokap tahanan di Jinjang itu ditahan berikutan laporan daripada isteri suspek yang tidak berpuas hati apabila suaminya masih dihadapkan ke mahkamah meskipun wang sudah diberikan kepada anggota terbabit.
“Lelaki ditahan ketika sedang bertugas jam 12.30 malam semalam dan siasatan mendapati wang RM4,000 dimasukkan ke dalam akaun milik orang lain dan anggota itu kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian.
Difahamkan, anggota terbabit baru ditugaskan di lokap itu sejak tiga bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan dan kes kini sedang disiasat. - Sinar Harian
* Sokong polis kempen sifar rasuah...
No comments:
Post a Comment