
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan itu apabila siap kelak akan digunakan untuk menggubal satu Perancangan Strategik mengenai hala tuju sistem pendidikan negara pada masa depan.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran menambah, proses pengumpulan input itu memerlukan masa dan penelitian yang mendalam bagi memastikan penambahbaikan sistem pendidikan menepati kehendak semua pihak.
"Kita menjangkakan laporan awal akan dapat dihasilkan pada September dan laporan akhir pula pada bulan Disember ini sebelum penggubalan dan pembangunan Perancangan Strategik pendidikan yang baharu," katanya menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) pada persidangan Dewan Rakyat semalam. - Kosmo
* Macam SBPA, punyalah hebat rundingan dia, keputusannya amat mudah. SBPA dibatalkan...
No comments:
Post a Comment