10 February 2012

Polis: Kematian Patrick Wong diklasifikasi sebagai bunuh

Polis hari ini menjelaskan kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) Datuk Patrick Wong pada 2009 telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh sejak awal lagi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Persekutuan Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata demikian sebagai merujuk kepada
artikel bertajuk "Episode 2: The Murder of a Whistleblower" yang disiarkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin dalam portal berita online Malaysia Today.

"Polis menyangkal andaian bahawa kami memutuskan bahawa kematian Datuk Patrick Wong adalah akibat jatuh," kata Mohd Bakri dalam kenyataan hari ini.

"Dari awal lagi, kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kes masih belum ditutup dan penyiasatan masih diteruskan," tegasnya.

Mohd Bakri merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu agar tampil dan membantu siasatan polis.

Dalam artikel itu, Raja Petra membangkitkan persoalan berhubung kematian Wong, mendakwa ahli pernigaaan itu telah mengumpulkan maklumat mengenai skandal
perlombongan pasir di Selangor sejak beberapa tahun sebelum kematiannya.

Raja Petra mendakwa Wong mati di tangan pembunuh upahan dan bukannya akibat rompakan. - Bernama

* Raja Petra melaporkan. Polis dan media cepat sambut laporan itu. Macam ada sesuatu saja...

No comments:

Post a Comment