25 February 2012

Pembaiki Penyaman Udara Ditemui Mati Selepas Dilarikan Perompak

JOHOR BAHARU: Seorang pembaik alat penyaman udara dijumpai mati berdekatan sebuah ladang kelapa sawit, kira-kira 20km dari Taman Desa Cemerlang di sini - tempat dia dilarikan empat perompak Khamis.

Kejadian berlaku pada 9.00 malam semasa mangsa yang dikenali sebagai Lim Yik Seng, 33, sedang makan bersama dua rakannya di sebuah gerai di taman itu.

Difahamkan, perompak-perompak tersebut, seorang daripada mereka bersenjata pistol, menghampiri mangsa dan rakan-rakannya dan cuba merompak mereka namun rakan-rakan mangsa menjerit meminta pertolongan orang ramai.

Ini menyebabkan perompak-perompak terbabit panik dan menarik Lim ke kereta Honda City miliknya yang diletak berhampiran lalu melarikan diri menuju ke arah Ulu Tiram.

"Sebuah kereta peronda dikejarkan ke tempat kejadian dan sekatan jalan dijalankan di kawasan-kawasan sekitar untuk mencari mangsa," kata Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin.

Menurut beliau, polis yang mendapat maklumat awam akhirnya menemui mayat mangsa terbaring di tepi jalan berdekatan sebuah ladang kelapa sawit di Seelong pada 10 malam. Katanya, mayat mangsa yang ditemui dengan kesan tembakan di perut dan dipercayai mati akibat pendarahan teruk, dihantar ke Hospital Sultan Ismail.

Polis bagaimanapun tidak menjumpai kereta mangsa.

Polis mengklasifikasi kes itu sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Roslan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk menghubungi polis di talian at 07-2212999 atau di balai berdekatan. - BERNAMA

* Malaysia aman di bawah UmnoBN?

No comments:

Post a Comment