KUALA SELANGOR - Polis menembak mati tiga penjenayah yang dipercayai terbabit menyamun sebuah rumah di Kampung Berkat di sini dalam insiden berbalas tembakan di Jalan Parit Mahang di sini awal hari ini.Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, kira-kira lima kilometer dari lokasi samun, seorang lagi rakan penjenayah, bagaimanapun berjaya melarikan diri ke ladang kelapa sawit berhampiran.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah ketika ditemui pemberita di sini hari ini, berkata, tiada rekod pengenalan diri ditemui pada mayat tiga penjenayah terbabit yang berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an.
Sebelum kejadian berbalas tembakan itu, polis yang menerima maklumat bahawa sebuah keluarga di Kampung Berkat disamun telah terserempak dengan kereta Proton Wira dinaiki keempat-empat suspek ketika melakukan rondaan.
Dalam kejadian samun itu, empat penjenayah berkenaan, seorang daripada mereka bertopeng, dilaporkan telah mengikat seorang daripada mangsa serta melarikan beberapa barangan seperti komputer riba, telefon bimbit serta sejumlah wang tunai dari rumah berkenaan.
Dengan terbunuhnya penjenayah ini, dipercayai polis berjaya selesaikan lima daripada 13 kes samun itu,” katanya. – BERNAMA
* Inilah hasil daripada rondaan yang kerap...
No comments:
Post a Comment