02 February 2012

Kes kepala babi: PERKASA mahu masjid dikawal

Berikutan dua kejadian baru-baru ini, di mana kepala babi ditinggalkan di masjid-masjid, kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mencadangkan supaya semua masjid menyediakan pengawal keselamatan bagi mengelakkan kejadian seumpama itu.

“Rumah perdana menteri, rumah-rumah menteri, rumah menteri besar pun ramai pengawal. Rumah ibadat seperti masjid, surau dan madrasah adalah tanggungjawab kita juga perlu dikawal,” kata presidennya, Datuk Ibrahim Ali dalam satu kenyataan media, semalam.

Menurut beliau, PERKASA juga mencadang supaya semua masjid dengan wang tabungan mereka yang ada dan dengan bantuan Jabatan Agama Islam negeri masing-masing agar menyediakan perkhidmatan pengawal keselamatan untuk dua shif.

“Sambil menjaga masjid, mereka juga boleh beramal ibadat. Terpulanglah bagaimana mereka mahu usahakan, yang penting perlu ada pengawal memandangkan kerap berlaku kejadiaan seperti ini,” katanya lagi.

Ibrahim mengulas kejadian kepala babi yang ditinggalkan di Masjid Nurul Iman di Rawang, Selangor, Selasa lalu.

Hari ini, satu lagi kepala babi dan bahagian anggota lain bintang itu ditemui di luar pintu pagar utama Masjid Al-Hidayah di Jalan Sentul, Kuala Lumpur.

Peristiwa ini dipercayai adalah yang keenam seumpamanya sejak 2009. - Malaysiakini

* Tidak perlu kawal masjid seperti masjid itu tempat tidak selamat. Polis hanya perlu kawal mulut orang seperti Ibrahim Ali yang perkauman. Selesai masalah...

No comments:

Post a Comment