
Mangsa, Qie Jian Min, 37, yang merupakan seorang warganegara China dijumpai dalam keadaan terbaring tanpa kesan darah di tepi bangunan berkenaan kira-kira pukul 1.10 pagi.
Pada masa yang sama, hasil pemeriksaan polis di rumah mangsa pula mendapati suaminya yang ingin dikenali sebagai Ah Hin, 44, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil bilik tidurnya dengan kesan darah dipercayai dikelar isterinya menggunakan sebilah pisau.
Jian Min maut selepas dikatakan cuba melarikan diri melalui tingkap rumahnya sebelum tergelincir dan terjatuh dari bangunan setinggi 28.5 meter. - Kosmo
No comments:
Post a Comment