SHAH ALAM 2 Feb. – Seorang bekas pengurus operasi Bank Islam Berhad cawangan Banting dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan dikenakan dua sebatan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap 95 pertuduhan pecah amanah (CBT) dalam enam akaun pelanggan bank membabitkan RM83,500.
Hakim Mohd Fadhir Harun menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan terhadap Ramdan Mat Razak, 38, dan memerintahkan agar kesemua hukuman penjara berjalan secara serentak bermula hari ini.
Mohd Fadhir turut memerintahkan tertuduh dipenjara setahun sekiranya dia gagal membayar denda.
Ramdan didakwa melakukan pecah amanah berhubung enam akaun pelanggan Bank Islam Berhad cawangan Banting melibatkan jumlah RM83,500 dan 95 transaksi di premis bank itu di Jalan Cempaka, Banting, antara 28 Jan 2006 dan 20 Mac 2008. – BERNAMA
* Penjara sudahlah tak payahlah sampai sebat koyak punggung...
No comments:
Post a Comment