24 January 2012

Pemandu teksi ditemui mati dikelar

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Seorang pemandu teksi ditemui mati dalam keadaan lehernya dikelar di tempat duduk belakang kenderaan tersebut berhampiran Pasar Borong Selayang, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa ditemui seorang orang awam yang curiga melihat teksi terbabit ketika melalui jalan berkenaan.

Saksi yang berusia 30-an itu kemudian mendekati teksi berkenaan dan terkejut apabila mendapati seorang lelaki terbaring dengan kesan kelar di leher.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa dipercayai dikelar dan ditinggalkan di tempat duduk belakang teksi berkenaan.

Katanya, pemeriksaan di sekitar kawasan itu tidak menemui sebarang senjata digunakan suspek untuk membunuh mangsa.

"Dokumen perjalanan mangsa juga tidak ditemui dan kita percaya ia dilarikan suspek. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

"Kita menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya di sini hari ini. - Utusan

* Bunuh sana bunuh sini...

No comments:

Post a Comment