KUALA LUMPUR - Kamera SLR digital pro terbaharu Nikon D4 akan memasuki pasaran Malaysia pada awal Februari, kata Pengurus Kanan Perkhidmatan Profesional Nikon, Jabatan Pemasaran Produk Pengguna, Mahfooz NR. D4, kamera Nikon FX-format yang merupakan model kebanggaan baharu dalam barisan kamera SLR digital Nikon itu akan dipamerkan pada Pameran Elektronik Pengguna Antarabangsa (CES) 2012 yang akan berlangsung pada 10 hingga 13 Januari di Las Vegas, Nevada, katanya.
Kamera itu menggunakan enjin pemprosesan imejan Expeed 3 yang dioptimumkan khusus bagi kamera DSLR, kata Pengurus Besar Jabatan Pemasaran Produk Penggunanya, David Ng pada majlis pelancaran model itu semalam.
Nikon Malaysia menjangka jualan Nikon D4 meningkat sekali ganda berbanding model Nikon D3S yang dilancarkan sebelumnya.
Kata beliau, D4 mempunyai sebilangan fungsi dan ciri yang ditambah bagi memenuhi keperluan jurugambar profesional dan amatur untuk menghasilkan prestasi yang tinggi dan menjadikannya serba boleh. - Bernama
No comments:
Post a Comment