09 January 2012

Liwat II: Mahkamah putuskan Anwar tidak bersalah


Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujudnya elemen tiada integriti dalam sampel DNA

Mahkamah Tinggi KL membebaskan dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti, iaitu DNA dan oral lisan tidak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menangis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.

Dalam reaksi spontannya, anak Anwar - Nurul Izzah menulis di Twitter:

"Judge: reading results immediately. Evidence not corroborated. Papa is acquitted! Takbir!"

Anwar mengucapkan alhamdulillah dan berkata kebenaran akhirnya dapat ditegakkan.

“Saya berterima kasih kepada Wan Azizah dan keluarga kerana menyokong dan juga barisan peguam.

“Saya akhirnya dibebaskan selepas diaibkan sedemikian,” katanya di luar mahkamah.

Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin Pakatan dan ahli-ahli serta orang ramai yang menyokongnya.

Katanya, agenda reformasi bagi menentang rasuah dan kebebasan media mesti diteruskan.

Anwar masih di mahkamah sedang berjalan keluar diiringi Presiden Pas Abdul Hadi Awang, Timbalan PKR Mohamed Azmin Ali dan beberapa pemimpin yang lain.

Tengah hari ini Anwar akan ke Pulau Pinang dengan diiringi 100 buah kereta.

Menurut salah seorang pemimpin kanan PKR, Anwar tidak akan ke Pulau Pinang tengah hari ini seperti mana dirancangkan. Katanya malam ini Anwar akan berlepas ke India untuk menghadiri majlis anjuran cicit kepada Mathma Ghandi. Selepas itu beliau juga akan ke Turki menghadiri majlis ulang tahun parti pemerintah dan akan menyampaikan ucaptama.

Anwar dijangka tiba di KLIA kira-kira jam 8:00 malam.

* Syukur...

No comments:

Post a Comment