KATHMANDU 8 Jan. - Pelakon lelaki Hollywood, Joel Edgerton semalam mengesahkan laporan mengenai perbincangannya dengan pengarah filem, Kathryn Bigelow untuk memegang watak utama dalam sebuah filem yang mengisahkan pembunuhan Osama Laden.
Pelakon berusia 37 tahun itu berkata, dia telah dihubungi oleh Bigelow untuk berbincang mengenai watak utama, namun perjanjian antara kedua-dua pihak masih belum termeterai.
Bagaimanapun Edgerton, pemegang tali pinggang hitam dalam karate, tidak mendedahkan peranannya dalam filem itu walaupun dia dijangka memegang watak sebagai komando SEAL tentera laut Amerika Syarikat. - AFP
No comments:
Post a Comment