16 November 2011

Video seks: Kami tiada pilihan melainkan lawan, kata Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Nov ― Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Barisan Nasional (BN) mendalangi siasatan terbaru ke atas beliau berhubung isu Datuk T mempertontonkan video seks Mac lalu sambil mendakwa pesaing politiknya mahu menghidupkan misteri si lelaki dalam rakaman itu.

Ketua Pembangkang itu memberitahu pemberita bahawa beliau tidak akan tunduk kepada tekanan sedemikian, sebaliknya akan melawan dakwaan-dakwaan yang dibawa ke atas dirinya.

“Ini yang mereka lakukan. Insya-Allah, kami tiada pilihan tetapi akan terus melawan, lawan mereka dalam pilihan raya.

“Mereka gementar untuk berhadapan dengan kita dan jadi, ini taktik kotor dan jahat yang mereka gunakan,” katanya lagi.

Anwar bercakap kepada pemberita di pekarangan balai polis Kepong.

Beliau diminta memberi kenyataan ekoran laporan polis bahawa telah memberi maklumat palsu berhubung siasatan awal ke atas kes rakaman video seks yang dipertontonkan oleh Datuk T. - TMI

No comments:

Post a Comment