02 November 2011

Perkasa mahu IGP halang Seksualiti Merdeka, dakwa Ambiga

KUALA LUMPUR, 2 Nov — Wira Perkasa menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang dan membatalkan program Seksualiti Merdeka 2011 yang disifatkan bertentangan dengan amalan rakyat negara ini.

Selain itu, sayap pemuda pertubuhan Melayu itu juga menggesa tindakan tegas diambil ke atas bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan yang dijadualkan akan merasmikan program itu minggu depan.

“Wira Perkasa mendesak supaya perkara ini tegas kerana Ambiga ini dah melampau, memecahbelahkan orang Melayu dan mendapatkan satu agama baru bagi hak asasi manusia... banyak ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam.

“Kita desak Peguam Negara mendakwa Ambiga... Ambiga sama dengan penjenayah lain yang menyemarakkan kemarahan orang Melayu dan kita desak Peguam Negara ambil tindakan,” kata Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris.

Beliau menambah: “Walaupun kemungkinan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) telah dimansuhkan tapi tolong siasat dan tolong tangkap pengkhianat ini.”

Wira Perkasa menyerahkan memorandum bantahan kepada Ismail di Bukit Aman di sini. Ia diterima oleh Pegawai Perhubungan Awam Polis Diraja Malaysia, ACP Ramli Mohamed Yoosuf.

Tambah Irwan Fahmi selain Ismail semua pihak berwajib termasuk Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Peguam Negara perlu mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Rakyat terutamanya golongan muda dilihat akan mudah dan cepat terpengaruh dengan dakyah dan manipulasi pihak yang menganjurkan program ini.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina. Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar pertubuhan bukan kerajaan, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan berlangsung mulai semalam hingga 13 November di The Annexe Gallery di sini. Ia dijadualkan akan dirasmikan oleh Ambiga pada 9 November.

Penganjuran program itu mendapat bantahan banyak pihak termasuk daripada Pemuda PAS.

* Apa kata PERKASA ikut cara Asri bekas mufti Perlis. Larang sahaja orang Islam dari menyertai program seumpama itu...

No comments:

Post a Comment