PUTRAJAYA 17 Nov. - Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor meninggal dunia minggu lepas selepas tiga hari dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu akibat demam denggi.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr. Hassan Abdul Rahman berkata, mangsa telah dua kali mendapatkan rawatan awal di pusat kesihatan IPTA di Selangor itu, namun tidak didiagnosis sebagai denggi.
"Kemudian pesakit telah pulang ke kampungnya di Segamat, Johor dan mendapatkan rawatan di klinik kerajaan sebelum dimasukkan ke wad di Hospital Segamat.
"Pesakit kemudiannya dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut dan meninggal dunia setelah tiga hari dirawat di hospital itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama
No comments:
Post a Comment