11 November 2011

Parlimen belum bubar, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekadar tertawa apabila ditanya mengenai spekulasi bahawa beliau akan membubarkan parlimen hari ini.

Najib berkata, mesyuarat majlis tertinggi BN hari ini juga sekadar membincangkan mengenai usaha untuk mengukuhkan parti itu.

Dengan berjenaka, Najib berkata hari telah hampir berakhir tetapi parlimen masih belum dibubarkan.

Najib yang juga presiden Umno berkata, mesyuarat hari ini juga tidak membincangkan mengenai pengagihan kerusi pilihan raya di kalangan anggota komponen BN seperti yang disebut-sebut sebelum ini.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat itu hari ini, Najib turut menafikan bahawa mesyuarat hari ini membincangkan mengenai penetapan tarikh pilihan raya. - Malaysiakini

* Sedang cari isu besar burukkan Pakatan Rakyat. Mereka akan guna jentera kerajaan untuk serang Pakatan Rakyat habis-habisan. Jika suasana itu mula dirasa maka pilihanraya adalah sangat hampir...

No comments:

Post a Comment