17 November 2011

Cakera parabola tak dibenarkan kerana terima siaran negatif

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Orang awam tidak dibenarkan menggunakan cakera parabola untuk menerima siaran televisyen luar negara kerana bahan siaran berkenaan memberi kesan negatif kepada rakyat, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata, cakera parabola hanya dibenarkan diguna di kawasan pedalaman dan di tempat yang tidak dapat dihubungi oleh perkhidmatan talian tetap.

"Di kawasan pedalaman, cakera parabola dipakai secara meluas untuk mendapatkan data dan perkhidmatan jalur lebar melalui alat dikenali ”Very Small Aparture Terminal” atau VSAT,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Panglima Abdul Ghafur Salleh (BN-Kalabakan).

Anggota Parlimen tersebut bertanya mengenai penggunaan cakera parabola yang masih tidak dibenarkan kerajaan sedangkan maklumat dan hiburan pada masa kini sudah tiada sempadan. - Bernama

* Kerana siaran negatif atau kerana duit tak masuk...

No comments:

Post a Comment