Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
19 November 2011
Arroyo dituduh menipu dalam pilihan raya
MANILA 18 Nov. - Bekas Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo hari ini ditahan atas tuduhan menipu dalam pilihan raya, kesalahan yang mungkin akan menyebabkan beliau menghabiskan sisa hidupnya di penjara.
Supritendan James Bucayo berkata, bekas presiden itu ditahan di hospital Manila selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau.
"Beliau kini dalam tahanan Polis Daerah Selatan. Kami tidak membawanya keluar dari hospital kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
"Kami hanya menempatkan anggota polis untuk mengawal di luar wad," katanya di luar hospital sambil memberitahu penahanan dibuat pada pukul 6.30 petang (6.30 petang waktu Malaysia).
Waran tangkap itu dikeluarkan selepas Mahkamah Agung membatalkan larangan perjalanan ke luar negara yang dikenakan terhadap Arroyo oleh pentadbiran Presiden Benigno Aquino.
Sebelum ini, beliau cuba meninggalkan negara ini untuk mendapatkan rawatan di luar negara tetapi dihalang oleh kerajaan yang percaya bekas presiden itu mahu mengelak siasatan dan kemungkinan dakwaan.
Dakwaan terhadap Arroyo difailkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini di mahkamah rendah dan bukan di Mahkamah Agung.
"Kami baru menerima keputusan siasatan dan mendapati ia cukup untuk membuat dakwaan. Jadi kami memutuskan untuk memfailkan kes," kata jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya, James Jimenez di rangkaian televisyen GMA.
Menurut Jimenez, dakwaan mensabotaj pilihan raya ke atas Arroyo akan menyebabkan bekas presiden itu tidak boleh diikat jamin dan perlu ditahan sepanjang perbicaraan.
Menurut suruhanjaya lagi, bekas Presiden itu telah mengarahkan pengubahan secara besar-besaran ke atas pembuangan undi pada pilihan raya senat 2007 yang menipu seorang calon pembangkang daripada menang.
Undi yang telah diubah itu dilaporkan berlaku di wilayah selatan Maguindanao, di mana keluarga Ampatuan terus berkuasa. - AFP/REUTERS
* Pemimpin UmnoBN perlu mengambil pengajaran dari peristiwa ini. Semasa Arroyo, Joseph Estrada dipenjara. Kini di bawah Benigno Aquino, Arroyo bakal ke penjara...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment