17 November 2011

10 ahli DI ancam negara ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai sepuluh individu yang dipercayai anggota kumpulan Darul Islam (DI) ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas disyaki terlibat dalam kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara.

Kesemua mereka yang terdiri daripada warga tempatan, Indonesia dan Filipina itu ditahan dalam operasi berasingan di sekitar Tawau, Sabah sejak Isnin lalu sehingga kelmarin.

Satu sumber keselamatan berkata, siasatan awal percaya mereka yang berusia 20 hingga 50-an itu dipercayai mempunyai hubungan dengan kumpulan militan DI di Indonesia dan selatan Filipina.

Sumber keselamatan itu berkata, ISA masih sah diguna pakai sehingga kerajaan mengumumkan ada akta baharu bagi menggantikan ISA yang bakal dimansuhkan sepenuhnya. - Kosmo

No comments:

Post a Comment