21 October 2011

UIAM Tidak Sekat Kebebasan Suara Kakitangan Akademiknya Hanya Kerana Kes Aziz Bari


GOMBAK: Kontroversi yang melanda pensyarah Undang-undang UniversitiIslam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Aziz Bari tidak akan menjejaskan kebebasan bersuara anggota akademik lain di universiti itu.

Rektor UIAM, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin berkata, Peraturan 15 dalam Peraturan Tatatertib KakitanganUIAM memperjelaskan bahawa kebebasan ahli akademik membuat sebarang kenyataan umum hendaklah tidak bercanggah dengan kepentingan universiti.

"Kita akan meneruskan dengan polisi kita tanpa mengenakan sekatanterhadap mana-mana ahli akademik (untuk berbuat demikian).

"Dan tidak ada sebab bagi mana-mana ahli akademik perlu takut untukmengeluarkan kenyataan," katanya pada sidang media di UIAM di sini,Jumaat.

Dr Zaleha berkata, kes Abdul Aziz tidak sepatutnya dijadikan alasankepada ahli akademik UIAM untuk berhenti daripada memberikan pandanganakademik mereka.

"Tetapi mereka perlu faham apa sahaja yang diperkatakan itu untuk halyang tidak memberi kesan (sehingga menjejaskan kepentingan UIAM).

"Persoalan timbul dalam menyatakan pandangan tersebut secara amnyatidak menjejaskan reputasi universiti," katanya.

Abdul Aziz dipetik sebagai berkata oleh portal Malaysiakini baru-baruini bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) itu bukan sesuatu yang lazim dan menyifatkannyasebagai tidak konsisten.

Berikutan isu tersebut, khidmat Abdul Aziz digantung sementara selama tujuh hari berkuat kuasa pada 19 sehingga 25 Oktober sebagai tempoh untuk beliau memberi surat tunjuk sebab kepada pengurusan UIAM berhubung kontroversi kenyataannya itu.

* Semua orang sedang marah, makcik oi...

No comments:

Post a Comment