
NAIROBI 17 Okt. – Pasukan tentera Kenya semalam mula memasuki sempadan Somalia bagi melancarkan serangan ke atas kumpulan militan al-Shebab yang menyebabkan pergolakan di negara tandus itu.
“Kami telah menyeberangi sempadan Somalia untuk menentang al-Shebab yang bertanggungjawab menculik serta membunuh penduduk awam,” kata jurucakap kerajaan, Alfred Matua.
Langkah tersebut (memasuki Somalia) dilakukan sehari selepas Menteri Dalam Negeri Kenya, George Saitori melabelkan al-Shebab sebagai klon militan al-Qaeda dan berikrar untuk menumpaskan kumpulan tersebut. – AFP
* Majoriti penduduk kenya adalah Kristian...
No comments:
Post a Comment