16 October 2011

Kabinet bincang cara bayaran khas RM500 minggu depan


KUALA LUMPUR, 15 Okt – Arahan lebih jelas bagaimana bantuan RM500 akan diberikan kepada setiap isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (gambar) berkata terdapat banyak pertanyaan daripada orang ramai mengenai perkara itu dan ia perlu diselesaikan segera sebelum menjadi kontroversi.

Bantuan khas itu diumumkan dalam Belanjawan 2012 baru-baru ini.

“Ramai orang telah bertanya cara untuk memohonnya. Apa definisinya dan cara untuk mengira pendapatan mereka,” katanya yang juga Presiden Gerakan kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Majlis Ahli Seumur Hidup parti itu di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, Koh berkata beberapa agensi berkaitan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dijemput untuk menyertai mesyuarat Kabinet itu.

“Kita perlu menyemak semula data terutama untuk pekerja, apa gajinya, jadi jelas kita perlu berdasarkan beberapa prinsip.

“Kita memberi bayaran one-off ini untuk meringankan beban dari kenaikan kos, tetapi ia mesti untuk mereka yang memerlukannya,” katanya. - TMI

* Akibat keputusan diambil sebelum perbincangan mendalam dibuat...

No comments:

Post a Comment