MISRATA, 23 Okt – Muammar Gaddafi terbunuh kerana satu tembakan, seorang doktor yang membedah siasat bekas pemimpin Libya itu memberitahu Reuters.
“Beliau mati disebabkan kecederaan satu tembakan. Ia jelas,” kata doktor itu tanpa memberi butiran sama ada ia disebabkan kecederaan tembakan yang ketara di sebelah kiri kepala Muammar.
Bedah siasat dijalankan malam tadi.
Muammar, yang memerintah Libya selama 42 tahun, diumumkan mati Khamis lalu beberapa jam selepas ditangkap hidup-hidup.
“Masih ada beberapa isu. Kami kena menghantar (laporan) kepada ketua pendakwa raya. Tetapi kesemuanya akan diumumkan kepada publik. Tiada apa yang akan disembunyikan,” katanya.
Bedah siasat dikendalikan di bilik mayat di Misrata, kira-kira 200 kilometer dari Tripoli.
Pegawai-pegawai tempatan berkata jenazah Muammar telah dibawa balik ke bilik beku sejuk sebuah pasar lama di Misrata, yang membolehkan orang ramai melihatnya. – Reuters
No comments:
Post a Comment