13 October 2011

Bakti, Yayasan Permata terima RM350,000


KUALA LUMPUR 12 Okt. – Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta Yayasan Permata hari ini menerima sumbangan RM350,000 daripada Cypark Resources Berhad.

Bakti menerima RM100,000 manakala Yayasan Permata RM250,000.

Pengerusi Cypark Resources Berhad, Tan Sri Razali Ismail berkata, sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya dalam membantu golongan kurang berkemampuan.

“Sumbangan yang diberi itu akan digunakan untuk menjalankan aktiviti yang selaras dengan objektif Bakti.

“Selain itu, ia juga bagi membantu pembangunan dan pendidikan kanak-kanak melalui sumbangan yang diberikan kepada Permata,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian cek kepada Bakti dan Yayasan Permata di Bangunan Bakti Siti Hasmah, Damansara di sini hari ini.

Cek tersebut disampaikan kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut hadir Naib Yang Dipertua Bakti, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. - Utusan

No comments:

Post a Comment