Seorang bomoh warganegara Indonesia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah merogol seorang remaja berumur 15 tahun yang sedang dirawat akibat histeria, Jun tahun lalu.
Hakim Slamat Yahya memerintahkan tertuduh, Budi Tukul, 35, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia tangkap iaitu pada 19 Julai lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumah sewanya di No 23, Jalan Telipot 3A, Seksyen BS9, Bukit Sentosa 3, Hulu Selangor, kira-kira pukul 1 pagi pada Jun tahun lalu.
Budi yang merupakan pendatang asing tanpa izin didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Difahamkan ketika kejadian, tertuduh yang dikenali keluarga remaja perempuan itu sedang merawat mangsa yang diserang histeria.
Perbuatan tertuduh bagaimanapun hanya terbongkar setahun selepas kejadian apabila remaja perempuan itu sekali lagi diserang histeria dan mangsa terpaksa menceritakan mengenai kejadian dia dirogol kepada keluarganya.
Pada 16 Ogos lalu, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu menjatuhi hukuman penjara 12 bulan terhadap Budi atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. - Bernama
* Mengaku salah atas perbuatan yang dilakukan setahun yang lalu?
No comments:
Post a Comment