03 September 2011

Polis sembunyi dalam belukar untuk tangkap pemandu laju

(GAMBAR dalam bulatan menunjukkan lokasi persembunyian anggota-anggota polis di Dollar, Scotland pada 17 Ogos lalu)
DOLLAR, Scotland – Beberapa anggota polis bersembunyi di dalam belukar di sini untuk menahan pemandu yang memandu kereta dengan laju, lapor sebuah akhbar semalam.

Taktik itu tidak menyalahi undang-undang kerana mereka tidak menggunakan alat pengesan kelajuan yang perlu dilihat orang ramai.

Anggota-anggota polis itu akan menahan kereta yang dipandu laju dengan serta-merta di lokasi tersebut.

Perbuatan anggota-anggota polis itu dirakamkan oleh seorang penduduk tempatan, Mike Day.

Namun, beberapa pengkritik berkata, tindakan polis itu akan menyebabkan pemandu menekan brek dengan tiba-tiba kerana mereka melihat anggota-anggota polis tersebut keluar dari belukar. – Agensi

* Polis di sana bersungguh-sungguh bekerja untuk keselamatan rakyatnya. Di sini...

No comments:

Post a Comment