15 September 2011

Kerajaan sokong penuh skim Kopsya bantu kakitangan awam

PETALING JAYA 15 Sept. - Kerajaan menyokong penuh penubuhan Skim Koperasi Syariah (Kopsya) bagi membantu kakitangan awam membebaskan diri daripada hutang bank seterusnya diisytiharkan muflis.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak kementerian menyokong sistem itu ditubuhkan bagi membantu pegawai dan kakitangan kerajaan membuat pinjaman, seterusnya melangsaikan hutang mereka kepada bank.

"Jika kita membiarkan mereka ini (kakitangan kerajaan) terus dibelenggu hutang, maka mereka boleh diisytiharkan muflis dan implikasi dari perkara ini amat besar.

"Menjadi tanggungjawab kepada koperasi untuk membantu ahli yang berdaftar untuk membayar hutang mereka balik kepada bank, dan peminjam akan membayar pinjaman tersebut melalui sistem Kopsya ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidil Fitri di Wisma Ungku Aziz, Kelana Jaya. - Bernama

* Takut-takut keluar mulut harimau masuk mulut buaya. Rakyat berhutang kerana barang mahal dan pendapatan rendah...

No comments:

Post a Comment