20 September 2011

Bunuh pegawai: 3 ditahan, 6 diburu

KOTA KINABALU 19 Sept. - Tiga lelaki tempatan ditahan manakala enam lagi diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pegawai kanan Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD), Ali Jamal di Lahad Datu dekat sini, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, ketiga-tiga suspek yang berusia awal 20-an ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian itu di sekitar Lahad Datu.

Menurutnya, polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa daripada suspek utama kes ini, selain menemui kesan darah pada baju yang dipakai suspek.

"Polis turut mengesan enam lagi suspek lain yang terlibat dalam kes pukul dan bunuh pegawai kanan itu. Kesemua identiti mereka sudah dikenalpasti," katanya. - Utusan

No comments:

Post a Comment