27 August 2011

Warga Singapura rasuah polis RM50 didenda RM5,000


SEREMBAN – Seorang lelaki warga Singapura didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku salah merasuah seorang anggota polis di kilometer 224.3 Lebuh Raya Utara Selatan dekat sini pada 19 Ogos lalu.

Tan Chin Tat (gambar), 41, yang memakai baju berwarna hitam mengangguk tanda faham dan mengaku salah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Elasabet Paya Wan.

Mengikut kertas pertuduhan, Chin Tat didakwa memberi satu suapan berbentuk wang tunai berjumlah RM50 kepada Konstabel Awang Hafizan Awang Mohamad yang bertugas di Pejabat Peronda Lebuh Raya Cawangan Bukit Aman di Tol Pedas/Linggi dekat sini. - Kosmo

No comments:

Post a Comment